Tuesday 24 June 2014

Menanti Ramadan

Salam dan hai...


Ramadan semakin dekat dan ramai yang mengucapkan syukur dengan kedatangan bulan yang mulia ini. Alhamdulillah.

Aku pun tak terkecuali. Tapi kali ni rasa lain sikit. Gembira campur berdebar-debar. 

Tinggal lagi 4 hari sebelum Ramadan tiba. Adakah aku masih sempat menyambutnya?


Sunday 22 June 2014

Cabaran hari 10: One confession

Salam dan hai...

Semalam... aku lupa nak kemas kini entri cabaran. Sepatutnya entri untuk 10 cabaran berakhir semalam. Ah... tak apalah, kita teruskan dengan cabaran terakhir.

One confession. 

Aku ada banyak pengakuan nak buat tapi pengakuan-pengakuan tu semua antara aku dan Tuhan saja. Memandangkan cabaran ni perlukan satu pengakuan jadi aku pilih yang inilah:

Laila Alia bukan nama sebenar aku :)

Friday 20 June 2014

Cabaran hari 9: Two smileys that describe your life right now

Salam dan hai...

Phew... sudah sampai ke penghujungnya cabaran aku ni.

Two smileys that describe your life right now.

Aha... soalan apa entah ni, tapi aku jawab ajelah.

1. :)

2. :(

Ya, inilah kehidupan aku. Sama ada gembira atau sedih.

Thursday 19 June 2014

Cabaran hari 8: Three turn ons

Salam dan hai...

Three turn ons.

Hmm... aku rasa ada banyak perkara yang buat aku turn on. Tapi, sebab nak tiga aje, aku bagi tiga la.

1. Macam yang aku tulis dalam entri lepas, aku memang suka kalau orang yang membaca. Boleh la kita             kongsi buku :D

2. Tak mencarut.

3. Pembersih :)




Wednesday 18 June 2014

Cabaran hari 7: Four turn offs

Salam dan hai...

Four turn offs.

Cabaran hari tujuh ni macam comel aje aku rasa. Tak tahulah kenapa, padahal dia tanya fasal turn offs. Takpelah, teruskan....

1. Pengotor terutama sekali kalau tengok pada kukunya.

2. Tak membaca. Hmm... sayanglah. Aku suka sangat berkawan dengan orang yang membaca (bukan nak       pilih kawan, tapi aku rasa aku dapat banyak benda baharu apabila berkawan dengan orang-orang macam     ni).

3. Kuat mencarut.

4. Tak tetap pendirian terutama bagi lelaki.

:)


Tuesday 17 June 2014

Cabaran hari 6: Five people who mean a lot (in no order whatsoever)

Salam dan hai...

Hoyeah! Tak sangka aku dah sampai ke cabaran hari enam :)

Five people who mean a lot (in no order whatsoever)

1. Mestilah mak aku.
2. Mestilah ayah aku.
3. Mestilah adik aku.
4. Mestilah cikgu-cikgu aku.
5. Mestilah kawan-kawan baik aku (sebenarnya aku tak ramai kawan baik, tapi adaah satu dua orang yang       rapat)
6. Kalau ada suami, aku mungkin senaraikan dia sebagai salah seorang. Hmmm...

Monday 16 June 2014

Cabaran hari 5: Six things you wish you'd never done

Salam dan hai...!

Yeah, dah cabaran hari kelima :)

Six things you wish you'd never done.

Pergh... susah juga soalan ni. Dulu-dulu, zaman tak matang aku mungkin banyak perkara yang aku fikir aku tak patut buat, tapi sekarang ni aku dah nampak setiap apa yang aku lakukan walau perkara bodoh macam mana pun, ada hikmahnya.

Jadinya... apa ya 6 perkara yang aku harap aku tak lakukan dulu?

........... tettt! Aku malas nak fikir. Haha... boleh tak langkau soalan ni?
Dulu aku pernah rasa nak terjun bangunan atas sebab masalah peribadi yang kronik dan ia benar-benar menjerumuskan aku ke dalam tekanan yang serius. Tapi, aku tak jadi pun terjun bangunan dan aku rasa peristiwa yang berlaku pada aku pada masa tu adalah satu proses pembelajaran. Selepas dari kejadian tu, aku nampak hikmahnya satu-satu. Aku kenal siapa kawan-kawan yang betul-betul ambil berat tentang aku. Dan yang paling penting, adalah kebergantungan aku pada Tuhan semakin tinggi. Pada akhirnya, kau harus bergantung pada Tuhan juga. Malah ibu kau sendiri tak dapat tolong kau. Itu antara kau dan Tuhan. Betapa peribadi dan istimewanya hubunngan tersebut.

Nah! Aku rasa aku dah keluar topik, tapi sekurang-kurangnya aku dah selesaikan cabaran hari lima ni. Kalau ada markah, aku rasa aku dapat 2/10 aje kut. Keluar topik! :p

Sunday 15 June 2014

Cabaran hari 4: Seven things that cross your mind a lot.

Salam dan hai...

Sebelum aku terlupa lalu malas nak buka blog, marilah teruskan dengan cabaran hari 4.

Seven things that cross your mind a lot.

7 benda? Senarai aku ni bukanlah semuanya adalah BENDA. Harap maklum.

1. Bunyi macam klise, tapi aku selalu teringatkan mak ayah aku walau tiap-tiap minggu balik rumah.

2. Duit. Tuduhlah aku materialistik sebab sekarang ni aku sara hidup aku sendiri dan ia bukan mudah.

3. Buku. Aku gila buku. Aku pengumpul buku dan aku suka buku. Buku adalah eskapisme aku.

4. Muzik. Lagu dan muzik adalah salah satu sumber inspirasi menulis aku.

5. Idea. Aku ada banyak idea untuk menulis, tapi pada masa yang sama aku tak tahu nak tulis apa. Faham,       tak?

6. Makanan. Memandangkan aku seorang gadis bujang yang sara hidup sendiri, dan kadangkala hidup aku       agak menyedihkan... soal makanan memang selalu di fikiran. Selalunya aku makan sekali sehari saja. Aku     cuba belajar untuk hidup di bawah paras kemampuan supaya aku tak menyesal di kemudian hari. Perut         aku dah mula boleh terima untuk terima makanan sehari sekali. Alhamdulillah.

7. Kahwin. Perlu ke aku terangkan lebih-lebih?


Saturday 14 June 2014

Cabaran hari 3: Eight ways to win your heart.

Salam dan hai...

Jom, cabaran hari 3 pula.

Eight ways to win your heart.

Aku tak pasti ia ditujukan untuk mana-mana lelaki yang cuba untuk menggoda aku tak secara umum. Jadi, aku jawab ajelah tanpa berfikir pada siapa aku nak tujukan tentang cara-cara memenangi hatiku yang senang rapuh ini... haks!

1. Mestilah seorang pembaca. Kalau dia suka membaca, aku senang tertarik dengan orang tersebut tak             kiralah kau lelaki atau perempuan.

2. Tak membazir makanan, sebab aku diajar sejak kecil untuk tak membazir makanan. Apabila aku nampak     ada orang bersungguh-sungguh habiskan makanan, aku rasa terharu. Nampak tak sikap terpuji tu?

3. Tak kejam dengan binatang.

4. Penyabar sebab ini adalah sikap kontra aku. Aku sedang belajar untuk banyakkan sabar ni.

5. Cool dan relaks. Ya, kontra dengan aku juga.

6. Ada sense of humour. Ya, yang ni memang ramai pun yang suka. Tahukah anda, seseorang yang mempunyai sikap lucu yang semula jadi sebenarnya mempunyai ciri-ciri seorang yang bijak.

7. Pendengar yang baik.

8. Dan, tahu sebagai manusia kita diciptakan untuk apa. Bukan sekadar bermain-main saja.


P/S: Akhir kata, dalam hidup ni kita tak pernah berhenti untuk mencari, termasuk aku sendiri pun. Masih mencari-cari :)

Friday 13 June 2014

Cabaran hari 2: Nine things about yourself

Salam dan hai...

Kita teruskan dengan cabaran hari 2

Nine things about yourself

1. Anak sulung.
2. Suka membaca (terutama kisah-kisah pelik).
3. Selalu berangan-angan nak jadi penyanyi.
4. Masih simpan diari-diari peribadi yang ditulis sejak zaman kecil hingga sekarang.
5. Minat dengar lagu-lagu lama. Mungkin lagu-lagu baru sudah tidak ada jiwa atau aku yang tak dapat terima     kenyataan aku dah tua.
6. Emosional. Sebab tu aku suka menulis.
7. Hopeless romantic.
8. Ada senarai perkara-perkara yang nak dibuat sebelum mati. Salah satu cara untuk beri harapan dalam           hidup aku adalah senarai tersebut.
9. Introvert.

Thursday 12 June 2014

Cabaran hari 1: Ten things you want to say to ten different people right now.

Salam dan hai...

Seperti yang dinjanjikan. Meh kita mula dengan cabaran hari 1 dulu.

Ten things you want to say to ten different people right now.

1. Ma
"Kalau boleh, L.A. nak bagi semua duit gaji L.A. dekat ma."

2. Ayah
"Selamat hari bapa. Semoga kita sekeluarga dapat masuk syurga."

3. Adikku
"Jom pack barang, kita pergi Cambodia!"

4. A.A.R.
"Aku salah dan kau betul. Apa yang dia orang buat kat kau, sekarang jadi pada aku. Maaf."

5.  M.S.A.
"Kau kawan lelaki paling baik yang aku rasa aku pernah ada. Kita tetap akan jadi kawan.

6. A.N.
"Aku cuma nak cakap sampai hati kau buat aku macam ni, tapi apabila aku fikir balik, salah aku pun banyak juga. Kau tetap kawan aku, dan aku tak pernah buang kau."

7. Encik R.
"Mana pergi anda yang dulu saya kenali? Figura yang saya hormati dan kagumi nampaknya lebur begitu saja. Saya tak percaya cakap-cakap orang fasal anda, tapi apabila berlaku depan mata saya sendiri dan saya juga seakan-akan jadi 'mangsa', saya keliru."

8. A.E.
"Dan, sampai bila-bila pun hubungan kita akan jadi macam begini ajalah. Tak lebih dan tak kurang."

9. Dr. F.
"Saya sentiasa doakan kesihatan doktor. Doktor adalah salah seorang pensyarah kegemaran saya :)"

10. E.
"Setiap hari aku doa yang baik-baik untuk kau. Harapan aku pada kau tinggi melangit dan aku harap ini yang terakhir."


P.S: Ya... perkara paling aku takut, yang inilah. Apabila entri aku dah berbaur peribadi. Maaf atas penggunaan akronim yang berleluasa dalam entri ni. Biar aku dan Tuhan saja yang tahu. Yang penting, aku dah selesaikan cabaran pertama aku :)




Wednesday 11 June 2014

Cabaran!

Salam dan hai...

Memandangkan ini blog keempat aku, aku harap aku akan sayang blog ni lebih sikit. Walaupun aku penulis, tapi pada hakikatnya aku tak berapa pandai tulis blog. Aku mula blogging tahun 2006. Dan  sejak tu, kerja aku asyik buat blog baharu, padam blog lama sampailah empat kali. Alasannya, tulisan aku makin lama berbau peribadi. Hal-hal peribadi aku lebih suka tulis dalam diari, melainkan memang aku nak umumkan pada orang luar. Lagipun, aku mula simpan diari sejak kecil lagi sehingga sekarang. Jadi, tulis dalam diari lebih selesa. :D

Kali ini aku rasa aku nak buat cabaran sikit, supaya aku rajin tulis. Aku suka menulis sebenarnya, tapi kalau ia fiksyen la. Sebab imaginasi aku tinggi dan aku suka membaca, jadi aku teringin nak ada buku yang aku sendiri nak tulis. Dan alhamdulillah impian tercapai. Tak keterlaluan aku kata buku-buku yang aku tulis lain daripada novel-novel biasa di pasaran Malaysia.

Okey, abaikan minat aku yang satu itu. Sekarang, berbalik pada cabaran. Ini cabarannya. Aku harap, aku boleh bermula esok!

Strawberry Fields Forever

Salam dan hai...



living is easy with eyes closed. misunderstanding all you see..

Adakah lebih mudah untuk menjalani kehidupan ini dengan mata yang tertutup? Maka, segala salah faham tidak akan berlaku? Mungkin apabila mata kita terbuka, tidak semua yang kita lihat seindah fantasi dan impian kita.

Dan, ya dunia ini penuh dengan rasa salah faham, salah lihat dan salah dengar.

Ini adalah 2 baris lirik Strawberry Fields Forever (The Beatles). Salah satu lagu kegemaran aku.