Thursday 31 July 2014

Dunia Ini Bukan Hanya Ada Kita

Salam dan hai!

Selamat hari raya Aidilfitri. Hari ini sudah masuk raya keempat. Alhamdulillah kerana kita berjaya juga menghabiskan Ramadan yang mulia. 

Aku tak mahu cerita fasal raya hari ini. Aku nak cerita fasal kita-kita. Fasal manusia. Tahukah kita, betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai seorang manusia. Bukan sebagai burung, anjing atau kucing.

Tapi dengan gelaran kita sebagai manusia, terpikul satu tanggungjawab berat di muka bumi Tuhan ini. Khalifah. Kerana kita manusia, seharusnya kita punya kemanusiaan yang tinggi daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan atau apa-apa ciptaan Tuhan yang lain. Tapi, kadangkala apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

Benarkah kita ini benar-benar manusia atau manusia sekadar pada nama saja?

Untuk pencinta haiwan sepertiku ini, melihat sesetengah daripada kita yang menghina-hina binatang tepi jalan seperti anjing dan kucing, sangat menyesakkan dada. Aku tahu ada sesetengahnya yang takut pada binantang (malah aku sendiri agak tak selesa apabila ada anjing jalanan yang datang menghampiriku, bukan kerana takut tapi tak biasa). Cumanya, tak perlulah menghina-hina mereka seperti mereka tak layak langsung duduk di atas muka bumi ini. Mereka ada hak. Ingat, HAK.

Itu belum lagi diambil kira beberapa pihak yang dengan penuh rasa bangga ditugaskan untuk menyeksa kemudian membunuh binatang-binatang jalanan ini dengan tujuan pembersihan. Betapa pedihnya hatiku tatkala mendengar cerita bahawa mereka dibayar untuk sekian-sekian bayaran jika dapat membunuh binatang-binatang jalanan ini. Itu belum kira apabila aku terdengar bunyi tembakan untuk menembak gagak-gagak yang berada di sekitar kawasan bandar raya. Apa salah mereka? 

Ingat, bukan hanya ada kita di dunia ini. Dunia hanyalah pinjam-pinjaman. Sampai masa perlu dipulangkan. Jadi, berkongsilah dengan yang lain.

Di bawah ni aku letak video dari Istanbul, Turki tentang sebuah mesin layan diri (vending machine) 2 dalam 1. Kau buang botol tak terpakai dalam mesin tersebut, ia automatik akan keluarkan makanan untuk anjing-anjing jalanan di sana. How sweet!


Sunday 20 July 2014

Doa

Salam dan hai...

Beberapa siri kejadian yang berlaku di Malaysia sepanjang tahun 2014 ini benar-benar menyesakkan dada. Ada yang tersebar dalam kalangan kita dan ada juga yang tersebar sehingga ke seluruh dunia. Tahun ini merupakan tahun melawat Malaysia dan Malaysia benar-benar dikenali di seluruh dunia.

Adakah harapan masih ada untuk kita, Malaysia? Adakah kita benar-benar buka mata dengan apa yang berlaku ketika ini. Ampuni kami, Ya Allah.

Berdoalah untuk hilang rasa marah. Berdoalah untuk hilang rasa rindu. Berdoalah demi sejahtera. Berdoalah tanpa rasa keakuan. Berdoalah untuk rasa ketenangan dan harapan.


Sunday 13 July 2014

Kuch Kuch Hota Hai: Realiti Antara Rahul dan Aman

Salam dan hai...

Rasa-rasanya hampir kebanyakan daripada kita memang pernah menonton filem Kuch Kuch Hota Hai. Seingat aku, filem ni mula keluar tahun 1997. Masa tu aku baru darjah 4 dan ia menjadi satu fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama sekali orang-orang Melayu la.

Filem ni antara filem guilty pleasure aku. Selain daripada ceritanya yang boleh buat orang layan perasaan, ia sebenarnya semacam bagi harapan yang hero tetap akan berkahwin dengan heroin, walau macam mana situasi sekali pun. Dah nama pun filem Bollywood.

Setiap kali filem ni tayang dekat TV, maka berduyun-duyun la orang post status kat FB fasal filem ni. Maknanya, dalam banyak-banyak filem Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai ni memang dekat di hati rakyat Malaysia.

Tapi, lama-kelamaan apabila aku semakin dewasa dan semakin berpijak di bumi realiti, pandangan aku pada Kuch Kuch Hota Hai mula berubah. Filem ni bukan lagi jadi salah satu filem kegemaran aku. Malah aku mula mempersoalkan satu perkara tentang filem ni - pengakhiran ceritanya.

Bagi aku, Rahul (Shah Rukh Khan) bukanlah hero sebenar. Hero sebenar adalah Aman (Salman Khan). Mana ada hero dengan secara tak malunya ambil bakal isteri orang di majlis perkahwinan orang tu. Itu bukan hero, itu pentingkan diri sendiri. Kalau aku jadi Anjali, aku rasa Aman adalah calon suami yang baik. Disenangi oleh keluarga Anjali dan sayang pada Anjali. Maka sebab itulah dia sanggup lepaskan Anjali untuk Rahul. 


Apabila aku teringat Kuch Kuch Hota Hai, aku cuba bandingkan dengan filem My Best Friend's Wedding (1997), lakonan Julia Roberts dan Dermot Mulroney. Kalau ikutkan gaya filem rom-com Hollywood yang biasa, watak hero akan bercinta/kahwin dengan heroin. Tapi, filem ni tak. Watak heroin (Julia Roberts) akhirnya terpaksa akur yang kawan baik yang dicintai olehnya selama 8 tahun tu berkahwin juga dengan kekasihnya (Cameron Diaz) walaupun dia sudah buat pen rom-com kegemaran aku sepanjang zaman sebab pada akhirnya semua watak gembira termasuk Julia Roberts. Penonton akan belajar, tak semua yang kita nak akan kita dapat dan tak semestinya apa yang kita nak tu baik untuk kita.

Aku dapat rasakan yang cerita itu nak beritahu bahawa si kawan baik itu bukanlah lelaki yang betul-betul sesuai untuk dia. Mungkin sesuai sebagai kawan baik, tapi bukan sebagai soulmate atau belahan hati. 

gakuan yang dia mencintai kawan baiknya itu dan akan bahagiakan lelaki itu. Filem ini akan menjadi filem


Sunday 6 July 2014

Lampu Bilik Rosak




Salam dan hai...

Aku menaip entri dalam keadaan gelap. Lampu bilik tak boleh pasang dah. Sebenarnya lampu bilik aku ni memang bermasalah sejak azali lagi. Geram pun ada. Marah pun ada. Tapi, itu mungkin dulu. Lama-kelamaan aku dah jadi tak kisah dengan masalah lampu bilik ni. Banyak lagi cara yang boleh aku guna untuk selesaikan masalah lampu bilik ni. 

Dulu aku geram sebab kalau lampu bilik aku rosak, aku memang tak boleh membaca sedangkan penyelesaian memang ada depan mata. Aku boleh baca kat ruang tamu atau bilik adik aku. Nah, sekarang aku baca sambil baring dalam gelap lagi. Aku guna lampu suluh telefon bimbit aku sendiri. Aku rasa lebih romantik dan privasi. 

Ya, aku memang nak cerita fasal lampu bilik hari ni. 

Kalau nak bercerita tentang aku dan lampu bilik aku, memang macam-macam perasaan aku rasa. Dah jadi semacam satu hubungan aneh antara aku dan lampu bilik. Barangkali sebab aku memang jenis yang suka duduk bilik. Bilik tidur aku adalah dunia kecil aku. Kalau orang lain tengok memang tak best dan bosan, tapi aku tak. Kebanyakan masa menulis aku di dalam bilik ni la. Malah, ada satu cerpen yang aku dedikasikan khas untuk bilik aku. Judulnya, Pengembaraan Ke Bilik Tengah Kepunyaan Maisarah. Ia memang sebuah cerita fiksyen dengan sedikit tokok tambah, tapi berdasarkan kesah sebenar iaitu kesah bilik aku sendiri yang terletak di tengah-tengah antara dua bilik yang lain di rumah aku. Nanti-nanti, aku mungkin akan kongsikan cerpen tu di sini. 

Kalau penulis lain harus pergi mengembara keliling dunia, panjat gunung atau bertapa di gua nenek kebayan untuk dapatkan ilham menulis atau feel satu-satu watak, aku hanya perlu ke bilik aku saja untuk dapatkan ilham. Kat tempat lain memang aku tak boleh nak menulis melainkan ilham tu cuma berlegar-legar dalam kepala sahaja. Alhamdulillah, Allah pinjamkan aku ilham-Nya untuk menulis dan menulis juga menjadi salah satu sumber rezeki aku. 

Berbalik pada lampu bilik tidur tadi, banyak perkara yang aku belajar. Paling utama belajar sabar. Aku mula belajar sabar tentang masalah lampu bilik tidur ni apabila aku mula sedar yang tidak ada apa yang berlaku tanpa izin Allah. Bukan tak berusaha nak baiki, tapi kalau dah baiki pun sentiasa rosak maknanya usaha aku yang terakhir adalah doa dan sabar. Ya, apabila kita sabar yang sebenar-benarnya dengan dugaan hidup (walaupun tentang hal sekecil lampu bilik yang rosak), nikmatnya kau boleh rasa terus pada masa itu juga. Nikmat tenang dan lega sebabnya kau tahu semuanya itu bawah pengawasan Allah. Bukan di tangan kau.

Aku mengaku, kadang-kadang aku pun tak cukup sabar nak menghadapi cabaran hidup yang gila ni. Sungguh, dunia ni memang gila dan aneh. Kadangkala mengelirukan aku. Tapi, untuk orang yang percaya pada Tuhan, selalu ada jalan pulang yang pada akhirnya melegakan perasaan. Dan, kadang-kadang kita terlupa kita ni hamba-Nya saja. 

Semoga dunia berserta akhirat kita sentiasa diberkati. Hidup mesti terus :)


Wednesday 2 July 2014

Rezeki, Kehidupan & Doa


Salam dan hai...

Dah masuk 4 Ramadan. Syukur alhamdulillah, masih sempat menunaikan puasa tahun ni :)

Banyak perkara yang berlaku sepanjang 4 hari Ramadan ni. Ada yang mengejutkan, menggembirakan dan sedih sikit. Tapi aku tak nak cerita semua tu. 

***

Ada perkara yang kalau kita betul-betul berserah, kita akan rasa senang hati. Tenang dan tenteram. Aku beritahu ni sebab benda ni baru berlaku pada aku beberapa hari lepas.

Duit tinggal RM 15 aje dalam dompet dan masa tu aku perlukan duit lebih untuk satu hal. Jadi, aku fikir, memandangkan hari itu memang gaji aku cuma aku tak sempat keluarkan duit aje. Kalau ada mesin ATM adalah. Kalau tak ada pun tak apa. Pakai ajelah duit yang ada dulu walaupun aku tahu tak cukup.

Aku ceritakan hal tu pada kawan aku. Saja-saja cerita. Tak ada makna apa-apa pun. Tapi, tiba-tiba dia tanya aku sama ada aku nak pinjam RM 100 tak. Aku tak terfikir pun tentang tu. Idea yang bernas! Haha... tapi aku cakap aku cuma nak pinjam RM 30 aje, dan ia berakhir dengan dia pinjamkan aku RM 50. Nampak sangat RM 30 tu sikit sangat. Sebenarnya aku segan nak pinjam duit orang. Uhuk... uhuk!

***

Sejak akhir-akhir ni aku memang ikat perut sikit. Maklumlah, banyak sangat pancaroba dalam dunia ni buatkan aku terpaksa guna banyak duit. Jadi, aku selalu tak makan malam. Sarapan pun kadang-kadang aje. Aku cuma tiap-tiap hari akan makan tengah hari. Satu pagi tu aku dengan kawan aku ni pergilah bersarapan. Memang duit aku taklah banyak sangat masa tu dalam dompet. Tapi, aku ni jenis yang tak berkira sikit fasal makan walaupun aku dalam musim ikat perut. Aku selalu fikir, rezeki tu insya-Allah ada. Nak dijadikan cerita, kawan aku ni tiba-tiba bayarkan sarapan aku. Dia memang selalu belanja makan tapi macam aku kata tadi, aku segan orang belanja makan atau bagi duit dekat aku. Aku tak biasa. Dulu, dia rajin belanja aku makan sebab dia suka belanja orang tengah belajar macam aku ni (memandangkan aku sambung belajar).

***
Apa sebenarnya yang aku nak cerita ni?
Aku tengah pujuk hati aku sendiri. Tak lama lagi aku akan berhenti kerja atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Aku buntu macam mana aku nak sara hidup aku. Bayar hutang PTPTN, bayar insurans, duit petrol, tol dan lain-lain. 
Tapi dalam hati, aku cuba untuk positif. Aku berusaha untuk cari sumber lain walaupun nampak samar-samar lagi. Sama macam apa yang berlaku 1 Ramadan lepas. Ada satu perkara yang tak disangka-sangka berlaku dalam hidup aku, yang aku fikir dah macam tak ada harapan tapi aku tetap berdoa juga.

Jadi, nak tak nak aku kena teruskan hidup. Kalau tak mahu hidup, jangan jadi jadi manusia...