Tuesday 11 February 2014

Holiday

Salam dan hai!
Ada 3 lagu dengan judul Holiday yang aku minat.
Pertama, Holiday daripada Bee Gees. Terbit tahun 1967. Dengar lagu ni macam dengar lagu hantu dan sedih pada masa yang sama.
“Oh you’re a holiday, such a holiday.”
Kau memang menggembirakan, ibarat percutian yang paling indah.
“If the puppet makes you smile
If not then you’re throwing stones
Throwing stones, throwing stones”
Semoga aku sentiasa dapat membuatmu gembira. Dan jika aku gagal, maka campaklah batu ke arahku. Maaf, aku tak mampu membuat kau tertawa dan bergembira. Namun, kau harus ingat kau adalah sesuatu yang menggembirakan , ibarat percutian yang paling indah.
***
Kedua, Holiday daripada Scorpions. Terbit tahun 1979.
“Let me take you far away
You’d like a holiday”
Dengar lagu ni, tiba-tiba cakap dengan diri sendiri, “Jom kemas baju, kemas barang, kita jalan-jalan kembara keliling satu dunia.”
“Exchange your troubles for some love
Wherever you are
Let me take you far away
You’d like a holiday”
Jom kita tinggalkan segala masalah dan marilah kembara mencari cinta. Mungkinkah satu percutian ditemani sang suria yang indah akan membuatmu bahagia?
***
Ketiga, Holiday daripada Green Day. Terbit tahun 2005.
Lagu ni aku tak mahu tulis banyak. Cuma, apabila aku dengar liriknya, aku cuma mampu berharap kita saling menyayangi antara satu sama lain. Hah!
P/S: Entri ini semuanya adalah pendapat peribadi aku sendiri. Datang secara spontan!

Wednesday 5 February 2014

Sabar

Salam dan hai!
Bercakap fasal sabar, aku rasa kehidupan zaman sekarang ni, kesabaran adalah sesuatu yang sukar dan agak ‘rare’ untuk dilaksanakan. Memang ada yang betul-betul sabar dan ia sangat mengagumkan.
Aku ada satu masalah besar, iaitu kesabaran. Aku mengaku aku seorang yang kurang sabar dan menjengkelkan. Itu belum masuk lagi masalah emosional tak bertempat, dan gelabah tak tentu fasal.
Ada ada satu pengalaman tentang sabar ni. 
Aku agak lemah sikit apabila disuruh buat tugasan berkumpulan. Sebabnya, aku ni kurang sabar. Apabila kurang sabar, aku akan bertindak ikut kepala aku sendiri. Perkara ni terjadi beberapa bulan yang lepas di mana aku merasakan aku seorang aje yang buat tugasan. Kawan aku yang seorang lagi tu aku rasa macam tak buat apa-apa aje. Banyak kali aku tekan dia (dengan cara yang lembut supaya tak nampak ketara sangat hehe). Akhirnya, aku mengalah dan aku pasrah la kononnya. Dah nasib dapat ahli kumpulan yang tak buat kerja. Aku mula kesian dengan diri sendiri, pada yang sama kutuk dalam diam kawan aku tu. Sehinggalah, dia e-mel semua tugasan bahagian dia pada aku. Huh, rasa malu dan menyesal jugalah sebab berburuk sangka pada dia. Padahal dia buat tugasan sampai tak tidur malam. Aku pula asyik tak sabar-sabar nak siapkan tugasan. Almaklumlah, aku bekerja sambil belajar. Dia pula pelajar sepenuh masa. Jadi, masa itu sangat penting bagi aku. Nak dijadikan cerita, kumpulan kami adalah antara kumpulan terawal yang hantar tugasan. Orang lain terkedek-kedek menaip tugasan, kami dah boleh bersenang-lenang. 
Lagi satu, semenjak beberapa tahun kebelakangan ini (semenjak aku mula berhijab/bertudung), aku belajar untuk bertawakal. Memang tak sempurna, tapi aku belajar. Contoh terbaik, tentang tugasan tadi. Kalau ikutkan aku yang dulu-dulu, aku mungkin dah mengamuk dekat kawan aku dan aku rasa dunia akan berakhir sebab aku dapat kawan yang tak membantu langsung. Tapi aku belajar yang setiap yang berlaku ada sebab-musabab. Mungkin ini cara untuk aku belajar sabar dengan kerenah kawan sekelas. Satu lagi, yakin yang setiap sesuatu itu akan ada penyelesaiannya. Yakin pada Allah. Nah, hasilnya… alhamdulillah.
Mungkin ini cerita biasa-biasa saja, tapi setiap daripada kita pasti ada satu cerita biasa yang memberi kesan mendalam.

Monday 3 February 2014

Cubaan 1... 2... 3...

Salam dan hai!
Ini sebenarnya blog yang keempat aku buat. Blog-blog sebelum ni semua aku dah padam.  Yang pertama masa 2006. Yang kedua, 2012 kut. Yang ketiga awal 2013. Jadi, ini blog cubaan kali keempat. Harap-harap bertahan lama.