Salam dan hai!
Bercakap fasal sabar, aku rasa kehidupan zaman sekarang ni, kesabaran adalah sesuatu yang sukar dan agak ‘rare’ untuk dilaksanakan. Memang ada yang betul-betul sabar dan ia sangat mengagumkan.
Aku ada satu masalah besar, iaitu kesabaran. Aku mengaku aku seorang yang kurang sabar dan menjengkelkan. Itu belum masuk lagi masalah emosional tak bertempat, dan gelabah tak tentu fasal.
Ada ada satu pengalaman tentang sabar ni.
Aku agak lemah sikit apabila disuruh buat tugasan berkumpulan. Sebabnya, aku ni kurang sabar. Apabila kurang sabar, aku akan bertindak ikut kepala aku sendiri. Perkara ni terjadi beberapa bulan yang lepas di mana aku merasakan aku seorang aje yang buat tugasan. Kawan aku yang seorang lagi tu aku rasa macam tak buat apa-apa aje. Banyak kali aku tekan dia (dengan cara yang lembut supaya tak nampak ketara sangat hehe). Akhirnya, aku mengalah dan aku pasrah la kononnya. Dah nasib dapat ahli kumpulan yang tak buat kerja. Aku mula kesian dengan diri sendiri, pada yang sama kutuk dalam diam kawan aku tu. Sehinggalah, dia e-mel semua tugasan bahagian dia pada aku. Huh, rasa malu dan menyesal jugalah sebab berburuk sangka pada dia. Padahal dia buat tugasan sampai tak tidur malam. Aku pula asyik tak sabar-sabar nak siapkan tugasan. Almaklumlah, aku bekerja sambil belajar. Dia pula pelajar sepenuh masa. Jadi, masa itu sangat penting bagi aku. Nak dijadikan cerita, kumpulan kami adalah antara kumpulan terawal yang hantar tugasan. Orang lain terkedek-kedek menaip tugasan, kami dah boleh bersenang-lenang.
Lagi satu, semenjak beberapa tahun kebelakangan ini (semenjak aku mula berhijab/bertudung), aku belajar untuk bertawakal. Memang tak sempurna, tapi aku belajar. Contoh terbaik, tentang tugasan tadi. Kalau ikutkan aku yang dulu-dulu, aku mungkin dah mengamuk dekat kawan aku dan aku rasa dunia akan berakhir sebab aku dapat kawan yang tak membantu langsung. Tapi aku belajar yang setiap yang berlaku ada sebab-musabab. Mungkin ini cara untuk aku belajar sabar dengan kerenah kawan sekelas. Satu lagi, yakin yang setiap sesuatu itu akan ada penyelesaiannya. Yakin pada Allah. Nah, hasilnya… alhamdulillah.
Mungkin ini cerita biasa-biasa saja, tapi setiap daripada kita pasti ada satu cerita biasa yang memberi kesan mendalam.
No comments:
Post a Comment